The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Selangor Dapat "Tonik Baru" Menjelang Piala Malaysia

Oct 29, 2020 - FAS

Pasukan Gergasi Merah bakal menerima suntikan semangat baharu apa bila lima lagi pemain Selangor 2 telah diserap masuk oleh pemangku ketua jurulatih Selangor, Michael Feichtenbeiner dalam pasukan utama Selangor bagi menghadapi kejohanan Piala Malaysia yang akan dijadualkan bermula pada bulan November ini.

Lima muka baharu tersebut adalah penyerang import Kosovo, Bajram Nebihi (32 tahun), penyerang kacukan Malaysia-Australia, Quentin Cheng (22 tahun), kapten Selangor 2, Sharul Nazeem (21 tahun), penjaga gol muda, Aqil Fahdly (21 tahun) dan penjaring gol tempatan terbanyak Liga Premier 2020, Danial Asri (20 tahun).

Menurut Michael Feichtenbeiner, pemain-pemain muda lain termasuk Aliff Haiqal Lau (20 tahun), Mukhairi Ajmal (19 tahun) dan Zikri Khalili (18 tahun) juga akan diberi peluang untuk meningkatkan prestasi dan menimba pengalaman bermain di pentas tertinggi bersama pemain-pemain senior.

“Saya percaya ini adalah peluang terbaik untuk pemain muda berkembang dengan baik dan mereka sedikit sebanyak dapat membantu pasukan utama Selangor untuk kempen Piala Malaysia dengan kemampuan mereka,” kata Michael.

“Ini juga merupakan peluang keemasan untuk mereka belajar dengan pemain-pemain senior Gergasi Merah. Seperti Danial Asri, beliau boleh mengambil kesempatan untuk belajar teknik serta kemahiran baharu disamping berlatih bersama dua pemain penyerang Selangor iaitu Rufino Segovia dan Ifedayo Olusegun,” tambahnya lagi.

Bajram Nebihi yang merupakan pemain import tunggal Selangor 2 kini berlatih bersama kesemua pemain import pasukan utama Gergasi Merah. Beliau menzahirkan rasa syukur atas peluang ini dan akan memberikan yang terbaik jika berpeluang untuk beraksi.

"Bermain untuk skuad utama adalah suatu kebanggaan dan kegembiraan untuk saya. Apabila saya diperlukan, saya bersedia untuk melakukan yang terbaik demi rakan sepasukan dan Selangor," jelas Bajram Nebihi ketika bercerita mengenai pengalaman diserap masuk ke pasukan utama.

Selain Bajram, tonggak pertahanan Selangor 2, Sharul Nazeem turut menzahirkan perasaan yang sama setelah diberi peluang sekali lagi berlatih bersama pemain senior untuk kejohanan Piala Malaysia untuk dua edisi berturut-turut.

“Saya berbangga kerana dapat berlatih bersama pasukan utama Selangor. Ini merupakan tahun kedua saya berlatih untuk saingan Piala Malaysia. Jika diberikan peluang untuk bermain, insya Allah saya akan buat yang terbaik,” katanya.

FA Selangor berharap agar pemain-pemain ini dapat manfaatkan peluang yang diberikan dan semoga berjaya!

PROFIL PEMAIN

 


Nama: BAJRAM NEBIHI
Warganegara: KOSOVO
Tarikh Lahir: 5 OGOS 1988 (32 TAHUN)
Posisi: PENYERANG 
Penampilan: 9 
G/A: 5 GOL / 3 ASSIST

 

 
Nama: AQIL FAHDLY
Warganegara: MALAYSIA
Tarikh Lahir: 8 JUN 1999 (21 TAHUN)
Posisi: PENJAGA GAWANG
3 PENAMPILAN
Kenali Aqil Fadly lebih lanjut di sini.

 


Nama: SHARUL NAZEEM
Warganegara: MALAYSIA
Tarikh Lahir: 16 NOVEMBER 1999 (21 TAHUN)
Posisi: PERTAHANAN (TENGAH)
Penampilan: 11
G/A: 1 ASSIST
Kenali Sharul Nazeem lebih lanjut di sini.

 


Nama: QUENTIN CHENG JUIN HO
Warganegara: MALAYSIA-AUSTRALIA
Tarikh Lahir: 20 NOVEMBER 1999 (21 TAHUN)
Posisi: SAYAP KANAN / BEK KANAN
Penampilan: 11
G/A: 2 GOL / 3 ASSIST

 


Nama: DANIAL ASRI
Warganegara: MALAYSIA
Tarikh Lahir: 1 APRIL 2000 (20 TAHUN)
Posisi: PENYERANG
Penampilan: 11
G/A: 7 GOL
Kenali Danial Asri lebih lanjut di sini.

 


Nama: ALIFF HAIQAL LAU
Warganegara: MALAYSIA 
Tarikh Lahir: 11 JULAI 2000 (20 TAHUN)
Posisi: PEMAIN TENGAH
PENAMPILAN: 3 LIGA SUPER & 4 LIGA PREMIER
G/A: 1 GOL / 1 ASSIST

 


Nama: MUKHAIRI AJMAL
Warganegara: MALAYSIA
Tarikh Lahir: 7 NOVEMBER 2001 (19 TAHUN)
Posisi: PEMAIN TENGAH
Penampilan: 2 LIGA SUPER & 4 LIGA PREMIER

 


Nama: ZIKRI KHALILI
Warganegara: MALAYSIA
Tarikh Lahir: 25 JUN 2002 (18 TAHUN)
Posisi: PERTAHANAN
Penampilan: 1 LIGA SUPER & 10 LIGA PREMIER